Saturday 8 February 2014

Dosa

Suasana hingar.
Riuh dengan jeritan manusia.
Manusia bodoh.
Menghukum ikut suka.
Sedang kita punya dosa yang sama.
Hanya kerana aku tidak punya apa.
Merompak manusia dalam jelas dan nyata.
Dan kau pula.
Merompak tanpa manusia sedar.
Pangkat dan nama.
Tutup selindung rahsia yang kau ada.
Jadi kenapa kau dibiar hidup gembira?
Sedang aku meringkuk di hina semua.
Bukan kita punya dosa yang sama?
Bezanya cara kita melaksanakan dosa.
Ya itu semua kerana kau ternama.
Kenapa fikir jauh lagi?
Campak duit kau pada semua
Lepas terus kau dari hukuman dunia.
 

tx ya..hv a nice day

Sunday 2 February 2014

TOPENG

Jalan-jalan gembira
Sambil lekat topeng di muka
Asal topeng bersama
Derita tadi akan padam selamanya
Dan aku akan terus hidup gembira

Hidup terus aku bersama topeng di muka
Hingga satu masa
Termenung aku melihat diri
Topeng kini sudah erat di muka
Sampai satu masa
Apa bisa aku tanggalkan ia

Aku risau dengan dunia
Aku takut dengan derita
Aku ingin terus gembira
Dan aku letak gam paling kuat
Supaya topeng tidak lepas dari muka
Dan aku tetap juga sama dengan mereka
Perbodohkan diri 
Hanya takut dikecam dunia




tx ya..hv a nice day

Friday 31 January 2014

nota #1

sebelum rebah tidak kenal diri
ingat kembali punca kau langkah kaki
layakkah untuk berhenti
setelah jauh menghayun kaki
persetankan rasa hati

aku tahu
duri itu besar sekali
melekat kuat dikaki
mungkin sukar diubati
atau parutnya jelas terlihat nanti

mungkin sudah tiba masa
untuk kau berhenti seketika
sebelum teruskan langkah ke sana
supaya semangat kau bisa membara
seperti diawal cerita.


tx ya..hv a nice day

Wednesday 29 January 2014

Melangkah kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara setelah lama berhenti menulis tentang manusia dan segalanya. Setelah sekian lama, setelah bertembung banyak peristiwa, setelah hilang semangat dan usaha, akhirnya aku kembali melangkah semula. Menulis untuk jiwa dan meluahkan idea saat melihat manusia sekitar dunia. Bila ada yang bertanya mana post yang lama. Maaf aku dah padam kesemuanya. Semangat lama sudah aku campak ke laut sana dan kini aku melangkah dengan semangat yang baru tanpa kawalan sesiapa jadi mengapa perlu kisah yang lama. Mungkin angkuh barangkali aku berbicara tapi bagiku jika peristiwa lama hanya bikin kau putus asa untuk berusaha, mengapa mahu lagi ia disimpan lama. Baik jika dihapuskan saja bukan. Assalamualaikum



tx ya..hv a nice day